Bila dah hidup berumah tangga, tanggungjawab yang ada perlulah dilaksanakan bersama-sama tak kira si suami atau si isteri.. Bukannya mengharapkan seorang jer untuk melaksanakannya!
Yela, bila dah hidup berdua ni, macam-macam tanggungjawab ada.. Itu kalau dah ada anak, lagi lah bertambah lah tanggungjawab tu.. Tak macam hidup dengan mak bapak, kesemuanya mak bapak yang akan uruskan..
Dah kahwin, pandai-pandai lah nak hidup bersama pasangan masing-masing.. Tak kan nak mengharapkan mak bapak lagi, betul tak?? Tapi macam mana pulak kalau korang menghadapi masalah seperti wanita di atas tu selepas kahwin??
Agaknya korang boleh menghadapi dengan tenang tak?? Miss baca pun rasa meyirap darah jugak dengan cerita yang diceritakan si isteri tu.. Kasihan dia mendapat suami jenis terlalu taksub dengan kereta sampai tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami langsung..
Lebih teruk tu, tak lama lagi bakal jadi bapak.. Dah lah sebelum ni kesemua hal rumah, ditanggung si isteri.. Dia pulak sibuk dengan keretanya dari siang sampai ke malam dok hadap kat bengkel.. Bila si isteri beli barangan keperluan seperti barangan bayi, kata membazir..
Tapi bila dia tak cukup duit untuk keretanya, pandai pulak datang meminta kat isteri.. Bila ditegur, menjawab pulak tu.. Lepas tu nak menangkan dia jer, apa punya si suami lah! Kalau dia tak berniat nak berumah tangga tu, lebih baik dia tak payah ajak isterinya kahwin sebelum ni..
Buat apa kahwin kalau menyusahkan dan tak sedar diri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga! Menyeksa pasangan jer buat macam tu.. Haishhh! MissHana/Utaranews
0 comments:
Post a Comment