Pencuri seluar dalam sanggup panjat pagar demi lepaskan ketagihan.


Bila akal diletak kat lutut, pelbagai kegiatan gila sanggup dilakukan tanpa segan silu.. Korang lihat gambar di atas tu, agak-agak korang apa yang dilakukan si mamat sengal tu yer?? Apalagi mamat tu sanggup memanjat pagar rumah orang lain semata-mata nak mencuri pakaian dalam yang sidai di ampaian luar!
Eiiiuuuu! Tak senonoh betul perangai kan! Pakaian dalam yang dah dipakai pun nak mencuri, tapi nak pelik sangat tak lah.. Perbuatan tak senonoh macam tu memang sering berlaku dan dilakukan seseorang yang jenis gila seks! Itulah menjadi kegilaan dorang dengan cara mencuri pakaian dalam orang lain, betul tak??
Kalau si lelaki yang melakukan tu, mesti lah mencuri pakaian dalam wanita.. Miss tak tahu lah mamat sengal tu perasan ke tidak gelagatnya telah dirakam oleh CCTV.. Kalau dia perasan pun, Miss rasa dia tak akan endah pun dan terus kegiatan mencuri pakaian dalam tu..
Dalam rakaman tu menunjukkan mamat sengal tu usha line kiri kanan sebelum memanjat, bila dah ‘clear’ apalagi terus memanjat pagar dan terus mencuri seluar dalam yang disidai tu.. Bukan satu jer dia curi, kesemua seluar dalam yang disidai habis dirembat dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya..
Entah apa dia akan buat dengan kesemua seluar dalam tu pun tak tahu lah.. Kalau kena curi pakaian dalam ni sebenarnya bahaya jugak.. Bukannya apa lah, takut ada orang lain berniat tak baik kat kita dan melakukan sesuatu dengan pakaian tu seperti buat ubat ‘guna-guna’ jer.. Mana nak tahu kan??
Itu pasal lah kalau nak menyidai pakaian dalam, lebih baik sidai dalam rumah jer.. Lebih selamat dan terhindar dari kena curi! Ini kalau kena curi, nak kena cari baru lagi.. So, lepas ni pakat sidai dalam rumah yer.. Tak payah dok tayang ‘sotong kering’ dan seluar dalam korang secara terbuka lagi! MissHana/Utaranews

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment