Bila baca status-status yang dimuat naik oleh budak-budak mentah, kadang-kadang tu menggelikan hati jugak.. Yela, ayat-ayat yang dimuat naik tu macam skrip dalam drama jer.. Tak percaya?? Cer korang baca status minah kat atas tu, Miss baca pun rasa nak gelak jer.. Hahahaa.
Kononnya nak jadi ‘playgirl’ selepas sering dipermainkan, itu pasal meroyan nak mencari boyfriend olok-olok sebagai peneman sementara untuk membuang masa.. Miss rasa minah tu banyak menonton drama akasia dan baca novel-novel cinta lah, geli hati jer baca status yang dimuat naik di laman sosial WeChatnya tu..
Siapalah nak menjadi ‘mangsanya’ yer?? Hihii.. Budak-budak yang baru nak kenal dunia macam tu lah, sikit-sikit nak tunjuk hebat dan meroyan macam orang tak ada iman dengan memuat naik status dan gambar bangang macam tu di laman sosial..
Kalau nak orang lain hormat diri tu, sepatutnya diri tu perlu diubah menjadi lebih baik dan tak mudah terpengaruh benda-benda yang melalaikan.. Bukannya menjadi disebaliknya, itu buat orang lain akan menindas dia lagi ada lah!
Tak payah lah tergedik-gedik nak menjadi ‘playgirl’ bagai, itu hanya akan meninggalkan kenangan buruk jer buat diri.. Lebih penting tu, jangan mudah cair dengan kata-kata jantan hidung belang yer!MissHana/Utaranews
0 comments:
Post a Comment