Apa perasaan korang bila dah semangat dan bersiap cantik-cantik nak pergi kerja awal pagi, lepas tu kereta korang pulak kena ‘block’ dengan kereta seorang individu yang tak bertanggungjawab sesuka hati nak parking kereta tanpa meninggalkann nombor telefon??
Mesti bengang punya, betul tak?? Kalau dibunyikan hon sekali pun, ada setengah tu buat tak sedar diri jer.. Miss faham kebiasaannya tempat letak kereta di kawasan perumahan seperti flat sentiasa penuh dan terpaksa ‘block’ kereta orang lain untuk parking..
Tapi kalau dah ‘block’ kereta orang lain tu, pandai-pandai lah fikir dan tinggal nombor telefon kat kereta korang.. Esok pagi orang tu nak keluar, senang lah dia nak menghubungi korang untuk alihkan kereta korang.. Ini tidak, dah lah tak tinggal nombor telefon..
Lepas tu tak pandai awal-awal pagi keluar alihkan kereta tu ke tempat lain.. Itu lah yang dilakukan si pemilik kereta di atas tu, ‘block’ kereta orang lain sampaikan menyusahkan orang lain terpaksa minta cuti.. Kan dah dapat bodoh dan bangang!
Si pemilik kereta tu bernasib baik jugak lah.. Yela, si pemilik kereta kena ‘block tu tak conteng kereta dia dengan cat atau marker pen.. Dia setakat tampal kertas dengan luah perasaannya jer kat kertas tu..
Kalau orang lain, Miss rasa dah lama kereta tu dipenuhi dengan cat atau cermin kereta retak.. Betul tak?? So, bagi siapa-siapa suka ‘block’ kereta orang lain tu, bertanggungjawab lah sikit yer.. Jangan lah menyusahkan orang lain pulak! MissHana/Utaranews
0 comments:
Post a Comment