Bapa Bunuh 3 Orang Anak Perempuannya Kerana Bimbang Tidak Mampu Sedia Duit Kahwin



Kerana bimbang tidak dapat menyediakan wang kahwin untuk anaknya bila besar nanti seorang bapa dari India, Sanjay Dubey, 33, telah mengambil jalan singkat dengan membunuh ketiga-tiga anak perempuannya.

Sanjay yang mengaku membunuh anketiga-tiga anaknya Ankita, sembilan tahun, Priya, (tujuh) dan Bhavna, yang baru berusia dua tahun telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Beliau mengaku telah membunuh anak-anaknya dengan mencekik mereka sebelum dibuang ke dalam sungai.


Semasa kejadian, Sanjay telah membawa anak-anaknye ke pekan sementara menunggu isterinya, Meera Devi selesai memasak namun selepas pukul 10 mereka belum pulang menyebabkan Meera mula bimbang.

“Anak perempuan saya sangat gembira apabila Sanjay memberitahu mahu membeli baju untuk mereka. Mereka ke bandar dengan menaiki motosikal.

“Setelah pukul 10 malam, mereka tidak pulang ke rumah, saya mula berasa bimbang. Saya tidak dapat tidur walau sesaat pun pada malam itu kerana bimbang,’’ kata Meera Devi.

Bagaimanapun kesesokan harinya Meera telah mendapat berita yang amat sedih selepas dimaklumkan oleh adik iparnya bahawa Sanjay telah membunuh anak mereka.

Menurut polis, Sanjay yang juga saudagar kain sari, mengalami tekanan selepas berdepan dengan kerugian dalam perniagaan. - Siakapkeli.com.my



Koleksi Video HOT!! Disni..

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment