Penunggang Motosikal Gagal Bayar Saman Akan Disenarai Hitam

 


KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal yang melanggar undang-undang trafik akan dikenakan denda maksimum dalam Ops Tegas, kata Bukit Aman.
Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka yang gagal menyelesaikan saman dan kenderaan mereka juga akan disenarai hitam.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata ia merupakan langkah terbaru yang akan diambil oleh pasukannya dalam mengesan pemandu yang gagal mematuhi undang-undang.

Beliau berkata dalam tempoh tiga hari sejak operasi tersebut dijalankan di seluruh negara bermula 2 Februari lalu, sebanyak 9, 686 kenderaan telah diperiksa dan 4,203 saman telah dikeluarkan.

“Kami juga telah menyita 152 motosikal kerana membuat pengubahsuaian secara haram dan memandu tanpa lesen yang sah.
 
“Kesalahan paling kerap dilakukan ialah memandu tanpa cukai jalan yang sah,” katanya kepada The Star pada Jumaat.

Beliau berkata penunggang motosikal yang degil akan dikenakan denda maksimum RM300.

“Penunggang dan pembonceng motosikal mencatatkan kadar kematian paling tinggi iaitu 63 peratuss pada tahun lalu.

“Operasi ini diharap dapat mengurangkan jumlah kematian,” katanya.

Mohd Fuad berkata mereka yang melakukan pengubahsuaian secara haram terhadap motosikal mereka bukan membahayakan diri mereka malah motosikal tersebut tidak sesuai untuk dipandu dalam kelajuan yang tinggi.

“Kami juga akan mengesan mereka yang membenarkan pihak ketiga menunggang motosikal mereka tanpa lesen.

“Jangan terkejut sekiranya kita merampas motosikal mereka,” katanya sambil memberi amaran penunggang motosikal agar membetulkan semula pengubahsuaian secara haram yang dibuat atau mereka perlu berhadapan dengan tindakan tegas daripada pihak polis. –mStar online

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment