Hari ini tersebar video bahawa satu kumpulan pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia dikatakan akan mengadakan bantahan tehadap sistem kehakiman Malaysia.
Berdasarkan rakaman video tersebut mereka dikatakan akan menyerang mahkamah pada pukul 11.30 malam rabu ini.
Berikut adalah percakapan mereka didalam video tersebut.
“Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.
“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” itu antara kata-kata ugutan oleh kumpulan itu.
Video memaparkan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka itu turut menegaskan bahawa perjuangan mereka baru bermula.
“Perjuangan kami baru bermula dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.
Didalam video yang berlatar belakangkan bendera Malaysia itu mereka memegang gambar Nora Danish dan pengamatana admin terdapat skrip dibelakang gambar tersebut.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, PDRM akan menyiasat berhubung perkara ini. - Siakapkeli.com.my
0 comments:
Post a Comment