Hyperloop: Pengangkutan Fantasi Ke Dunia Nyata



Jika dilihat gambar Hyperloop seperti di atas ia tidak ubah seperti satu projek fantasi yang boleh ita lihat di dalam cerita kartun sains fiksyen yang bermain dikaca tv atau pun filem animasi masa hadapan.

Tapi tahukah anda bahawa idea yang anda lihat fantasi ini sedang diusahakan dengan tekun dan dikaji oleh syarikat Hyperloop Technologies untuk merialisasikan pengankutan berteknologi tersebut.

Walaupun idea ini dikatakan agak pelik di mata orang ramai, namun laman web dan akaun Twitter projek ini sudah pun dilancarkan pada Rabu lalu.

Pasukan penyelidik projek ini dikatakan sudah mempunyai $8.5 juta (RM30.6 juta) dana dan merancang untuk mendapatkan $80 juta lagi pada tahun ini.


Menurut CEO sementara Hyperloop Technologies, Brogan BamBrogan berkata kepada Forbes bahawa mereka mempunyai pasukan, alatan dan juga teknologi. "Kami mampu untuk melakukannya."

Dengan penggunaan sistem pod transit ini, membolehkan orang ramai bergerak seperti kereta api sekrang dari satu tempat ke satu tempat di dalam tiub vakum dengan kelajuan perjalanan 1288 Km/Jam.

Forbes dalam laporannya mengatakan bahawa Hyperloop Technologies adalah satu kumpulan yang sah dan sekarang bekerja secara aktif untuk Hyperloop.



Dalam kajian yang dilakukan sekarang mereka lebih menfokuskan kepada penghantaran barang berbanding memindahkan orang dalam kelajuan ekstrem seperti ini. Dikatakan projek ini juga telah dibentangkan kepada beberapa individu berkuasa dan berpengaruh seperti Presiden Obama.


Adakah fantasi yang kita fikirkan dan lihat dalam filem selama ini akan menjadi kenyataan? sama-sama kita tunggu dan lihat kerana sudah ada usaha yang dilakukan dan mungkin berjaya engatasi masalah kesesakan yang berlaku di bandar-bandar besar yang dilihat tiada kesudahan. - Siakapkeli.com.my

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment