Pisau Cukur Dalam Kuih Kelupis, Peniaga Dakwa Disabotaj


Setakat ini sudah banyak tersebarnya kes-kes seperti ini yang mana terdapat objek asing dalam makanan tetapi kali ini lain pula kisahnya.

Sebuah kedai makanan di Beaufort, Sabah yang mana pemilik kedai tersebut menjumpai kepingan pisau cukur dalam kuih lapis yang dijual.

Dia hanya menyedari objek itu selepas seorang pelanggan yang membeli kuih itu memaklumkan kepadanya pada jam 9 pagi, 14 Februari lalu.

Peniaga tersebut, Awang, 35 mendakwa yang dia percaya bahawa ada pihak yang cuba untuk mensabotaj perniagaannya dengan meletakkan kepingan pisau cukur tersebut dalam kuih itu.

“Saya sangat terkejut dan membawa kuih kelupis itu ke balai polis dan membuat laporan pukul 4 petang hari sama,” katanya.

Menurut laporan mStar Online, Ketua Polis Daerah Beaufort, Supritendan Mustaffa Maarof mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kini sedang menyiasat kes berkenaan.

“Kami sentiasa memantau perkara ini kerana nyawa orang awam di daerah ini mungkin terancam sekiranya insiden sama berulang,” katanya. - Siakapkeli.com.my

Koleksi Video HOT!! Disni..

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment