Gadis Maut Dibaham Jerung



L'TANG-SAL, Perancis: Seorang gadis maut selepas diserang seekor jerung ketika sedang berenang di Pulau Lautan Hindi Perancis pada Sabtu.

Gadis berusia 20-an itu maut selepas mengalami kecederaan parah akibat diratah jerung bersaiz besar di pantai yang terletak di l’Etang-Sale di sini.

Mangsa yang sempat diselamatkan oleh orang ramai telah diberi rawatan awal sebelum disahkan mati ketika tiba di hospital.

Serangan di lokasi itu merupakan yang kedua selepas seorang pemuda berusia 23 tahun hilang kaki kanan akibat diserang jerung pada Oktober tahun lalu.

Pada Julai tahun lalu juga seorang lelaki berusia 51 tahun turut mengalami kecederaan selepas diserang jerung di lokasi berhamiran yang terletak tidak jauh dari Madagascar. -mStar Online

Koleksi Video HOT!! Disni..

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment