Adakah Google Translate Berat Sebelah Kerana Hal ini? Jawapannya...


Hari ini ramai yang melaporkan kepada Siakapkeli berkenaan google translate yang mana jawapan alih bahasanya adalah berat sebelah.

Melihat kepada ayat yang dimasukkan ke dalam google translate "Ikut Islam ada Kejayaan" tetapi jawapan alih bahasanya kepada bahasa Inggeris adalah "Follow Islam no success". Terkedu juga melihat jawapan tersebut.



Sekiranya ditukarkan perkataan Islam kepada Yahudi dan ayat menjadi "Ikut Yahudi ada kejayaan" betul pula jawapan alih bahasanya iaitu "Follow Judaism there is success"


Setelah itu SK berkongsikan jawapan-japan tersebut di laman Facebook Siakapkeli dan setelah itu baru SK mendapat tahu bahawa Google Translate itu bukan sahaja menyeleweng jawapan bagi Ayat dengan perkataan Islam sahaja malah sekiranya ditukarkan kepada Hindu juga sama jawapan "Follow Hindu no Success".



Tidak tahulah apa yang terjadi dengan Google Translate. Adakah ini jawapan berdasarkan cadangan dari pengguna Translator tersebut kerana Google Translator juga mempertimbangkan cadangan dari pengguna mereka.

Namun itu mustahil kerana perkara yang sama juga terjadi kepada Agama-agama lain selain Islam. Malah sekiranya perkataan agama contohnya Islam itu ditukarkan kepada perkataan yang bukan bermaksud agama juga menghasilkan jawapan yang sama contohnya perkataan Siakapkeli maka jawapannya adalah "Follow Siakapkeli no success".


Maka timbullah tanda tanya apa yang sudah terjadi dengan Google Translate? Kesimpulannya segala perkataan lain selain Yahudi akan diberi jawapan "No Success". Adakah ini satu peranan Google dalam mendakwah bagi Yahudi? Jawapan peribadi SK adalah TIDAK.

Sekiranya anda ingin Google Translate memberi jawapan yang betul untuk perkataan Islam mari kita sama-sama contribute dan memberi cadangan menerusi fungsi cadangan yang sedia ada pada translator tersebut. - Siakapkeli.com.my

1. Tekan "Wrong?"

2. Ubah kepada ayat yang betul "Follow Islam there is success" Kemudian tekan "Contribute"



[ EBOOK PERCUMA DOWNLOAD DISINI.. ]

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment