LANGKAWI: Dua buah pesawat Jupiter Aerobatic Team milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) telah terhempas sebentar tadi.
Pesawat tersebut dikatakan hilang kawalan semasa melakukan latihan aerobatik sempena LIMA'15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.
Nahas tersebut terjadi kira-kira jam 2 petang semasa team aerobatik dari negara jiran itu sedang berlatih bersama sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B yang lain.
Semasa melintasi ruang udara MIEC, duabuah pesawat tersebut telah berselisih dan terbabas.
Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang iaitu di kawasan hutan dan di atas sebuah rumah berhampiran Permandangan Indah, disusuli api dan kepulan asap.
Kami telah menghubungi Balai Bomba Langkawi dan mengesahkan perkara ini.
Kedua-dua juruterbang dipercayai terselamat. - Siakapkeli.com.my
0 comments:
Post a Comment