Terima Kontrak RM1 Juta Dari Syarikat Tekstil, Che Ta Anggap Rezeki Anak

Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan mengaku telah menerima kontrak bernilai RM 1 juta ringgit daripada sebuah syarikat tekstil.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata, jumlah berkenaan bagaimanapun bukanlah dalam bentuk wang tunai sepenuhnya namun merangkumi beberapa produk lain yang menyamai jumlah tersebut.

Che Ta berkata demikian kerana tidak jumlah kontrak berkenaan disalah ertikan oleh pihak tertentu sehingga mencetuskan spekulasi.

“Kontrak itu membabitkan tiga jenama utama daripada pengeluar tekstil berkenaan dan saya perlu mempromosikan kempen fabric daripada jenama itu selama tiga bulan bagi meraikan sambutan Aidilfitri nanti.

“Saya harap sangat orang tidak salah faham sebab saya bukan dapat wang RM1 juta, tapi kontrak itu menyamai nilai berkenaan. 

“Bukan apa nanti disebabkan angka itu, tak pasal-pasal saya kena cari pula,” katanya.

Selain Che Ta, suaminya Zain Saidin turut terbabit dalam kempen satu jenama di bawah pengeluar tekstil itu untuk tempoh sama.

“Inilah orang cakap rezeki daripada Allah dan anak saya Aaisyah Dhia Rana. Syukur Alhamdulillah sebab masih banyak pihak percaya dan yakin pada saya selepas berhijab,” ujarnya.

Che Ta kini berada di Jepun menjalani rakaman program Primadona.

Sumber: Harian Metro

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment