SAYA SUDAH TIDAK CINTAKAN ZIZAN - EMMA MAEMBONG


SAYA SUDAH TIDAK CINTAKAN ZIZAN - EMMA MAEMBONG | Berita mengejutkan kami rasa untuk minggu ini malah dalam masa yang sama menjawab persoalan dan tanda tanya mengenai status hubungan Zizan Razak dan juga Emma Maembong – dan Emma sendiri memberitahu mereka sudah putus cinta dan tidak pernah sambung kembali.

Perkara tersebut didedahkan dan diakui sendiri oleh Emma berikutan isu mengenai dirinya yang tidak hadir pada majlis tayangan perdana filem Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid.

“Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum”

“Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi”

“Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang,” jelas Emma mengakhiri teka teki mengenai status hubungan mereka.

Sementara itu, Emma juga turut terkejut dengan tindakan pengarah Mamat Khalid berkaitan dirinya yang tidak dapat hadir pada hari tayangan perdana.

“Saya terkejut apabila membaca berita itu, ketika pihak produksi memberitahu tentang tayangan filem itu, saya sudah menjelaskan bahawa saya sedang menjalani penggambaran di Langkawi pada tarikh yang diberikan itu, malah saya telah meminta pihak produski drama Isteri Separuh Masa untuk melepaskan saya sekejap pada hari itu, namun tidak dibenarkan”

“Saya meminta pihak abang Mamat sendiri iaitu isterinya berbincang dengan produksi drama supaya membenarkan saya untuk balik sekejap dan hadir ke majlis itu”

“Saya sangat sedih bila dia tidak jelaskan perkara sebenarnya yang berlaku sedangkan mereka sudah tahu tentang perkara itu awal-awal lagi,” katanya.

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment