Pesakit Berang Ditempatkan Dalam Tandas Hospital



SEORANG jurujual berang apabila dia ditempatkan di dalam tandas sebuah hospital kerajaan sementara menunggu pembedahan dilakukan.

Darren Walters, 36, (gambar bawah) mendakwa, ketika kejadian dia sepatutnya menjalani pembedahan buasir di Hospital Huddersfield Royal
di England itu.


Bagaimanapun, ketika tiba di hospital, Walters mendakwa dia telah diberi nama pesakit yang salah dan bakal menjalani pembedahan lain.

Jelasnya, apabila kesilapan itu disedari, pihak hospital telah menangguhkan pembedahan dalam tempoh yang lama dan sementara itu dia telah diberikan sebuah katil.

Malangnya, katil itu diletakkan di dalam sebuah tandas yang sempit, dan dia diminta untuk tidur di situ sementara pembedahan dilakukan.

"Saya menghantar gambar itu kepada isteri dan dia meminta saya keluar dari hospital berkenaan, tapi saya enggan dan terus menunggu pembedahan dilakukan.

"Pihak hospital memberitahu mereka telah lakukan yang terbaik untuk saya sebagai pesakit.

"Saya pasti tiada pesakit di dunia ini yang mahu berada di dalam tandas sebuah hospital apabila sedang sakit," jelasnya. - mStar Online

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment