PELIK bin ajaib!
Iyelah, wanita manalah yang rela hati mengizinkan suami berkahwin dengan wanita lain atau dengan maksud lain, sanggup BERMADU.
Lain la kalau ada sebab-sebab tertentu kan?
Tapi wanita ini mungkin mempunyai hati yang begitu murni hingga sanggup memberikan hadiah ulang tahun perkahwinan pertamanya dengan mengizinkan suami berkahwin lain.
Memang tak pernah dibuat orang kan?
Sudah tu, si isteri nampak seronok dan gembira meluahkan keizinan tersebut di Facebook menerusi status berbunyi:
“Genap setahun usia perkahwinan kami.. nakal saya, buruk saya, jahat saya.. suami je tahu. Saya benarkan dia kahwin lagi sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan kami. Hehe…”
Tak pasti pula kalau status ini cuma bergurau atau mungkin ‘ugutan’ secara halus tapi dah tentu-tentu ianya menarik tumpuan insan bergelar lelaki.
Walaupun kedengaran pelik bagi kaum wanita tapi tak mustahil niat si isteri ini memang ikhlas malah Islam sendiri mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang jika cukup syarat.
Apa pun buat suami yang sudah diberi izin, jangan pula tidak berlaku adil ye! -
0 comments:
Post a Comment