Seminggu selepas kahwin, isteri Amir Raja Lawak dedah perangai sebenar Amir


RUPA-RUPANYA ramai juga selebriti yang mengambil kesempatan cuti persekolahan yang panjang untuk mendirikan rumah tangga pada hujung minggu ini.

Selain pelakon Hanez Suraya dan pelawak Fad Bocey, Amir Raja Lawak turut bergelar raja sehari apabila sah bergelar suami kepada suri hidupnya, Nur Intan Shafinaz Shaari, 21.

Menceritakan peribadi suami yang berjaya menambat hatinya, Nur Intan mengatakan Amir sebenarnya seorang lelaki yang romantik di sebalik perangai selamba dan gila-gilanya.

“Paling memberi kesan di hati saya semasa kami berkunjung ke Port Dickson dia tiba-tiba membawa sejambak bunga dan suasana ketika itu sangat romantik,” katanya, memetik laporan mStar.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di kediaman Nur Intan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Pada majlis tersebut Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM13,000.

Sekalung tahniah buat Amir dan pasangan, semoga ikatan yang dibina kalian berkekalan sehingga ke Jannah. Amin.

Sumber : Mynewshub

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment