Gila Bayang, Remaja Redah 7000 Batu Tapi Malang Cinta Ditolak?!!



CHINA – Demi cintanya kepada seorang gadis yang hanya dikenali melalui internet, seorang remaja berusia 18 tahun sanggup terbang sejauh 7,000 batu dari Amerika Syarikat ke Zhejiang untuk menemui gadis berkenaan, namun mengalami kekecewaan jua.

Remaja lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Pratt, telah ditolak cintanya oleh gadis tersebut.
Akibatnya, Pratt yang patah hati mengambil minuman keras dan mabuk. Dia juga hampir lemas di Sungai Xu.
Polis kemudiannya menemui Pratt dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tangga menuju ke sungai berkenaan.
“Dia kelihatan seperti terjatuh ke dalam sungai itu kerana baju dan kasutnya basah. Jarak dari tempat dia terbaring dengan permukaan air adalah sangat dekat dan boleh lemas,’’ kata jurucakap polis.
Pratt kemudiannya dibawa ke hospital dan selepas terjaga, barulah dia menyedari wangnya telah hilang. Keadaan ini menyebabkan dia tidak boleh membayar sewa hotel.
Bagaimanapun pengurus hotel itu berasa kasihan dengan Pratt lalu membenarkan dia tinggal di bilik hotel secara percuma.
Pratt memberitahu polis bahawa dia tidak mengetahui nama sebenar gadis itu yang hanya menggunakan nama samaran Xiaoqian dalam internet.
Mereka baru berkenalan tahun ini dan Pratt mengaku jatuh cinta dengan gadis itu yang mempunyai rupa paras menarik serta dapat bercakap bahasa Inggeris dengan fasih.
Gadis itu dikatakan tidak memandang serius perasaan Pratt ke atasnya hinggalah pemuda itu datang sendiri ke China. Dia juga bertindak menyekat semua panggilan telefon Pratt.
Pratt kini telah kembali ke Ohio selepas mengalami kisah cinta yang menyedihkan dan menjadi gila bayang untuk seketika.

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment