FAKRUL (kanan) bersama rakannya dari Algeria menunjukkan laporan polis berhubung kegiatan suspek. |
Namun pada masa sama, dia ligat memperdaya orang ramai kononnya mempunyai banyak akses orang kenamaan termasuk mengenali secara rapat ketua pengarah dan menteri yang boleh membantu memudahkan proses kerakyatan serta visa.
Bermodalkan beberapa gambar bersama orang kenamaan, dia selamba ‘menjual’ nama pemimpin negara dan ketua jabatan.
Lebih mengejutkan, kelibatnya banyak tampil di beberapa majlis rasmi negara dan peluang menyelit dalam program seumpama itu dipercayai turut dijadikan modal untuk mempengaruhi mangsa terutama yang baru dikenali.
Namun yang paling sukar diterima akal, apabila dia mendakwa mempunyai kelebihan mendoakan seseorang itu masuk syurga atau sebaliknya dengan bayaran RM5,000 bagi setiap doa yang dijamin makbul kerana tarafnya sebagai seorang ulama besar. – myMetro Online
0 comments:
Post a Comment