Samariang: Penduduk di Taman Sumber Alam Sanctuary di sini, gempar apabila buaya berada di kawasan perumahan mereka, pagi tadi.
Buaya berukuran kira-kira dua meter itu dilihat berada atas jalan sebelum jatuh dalam longkang.
Pegawai Pertahanan Kuching, Shaiful Azril Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk taman, 10.25 pagi tadi.
"Anggota JPAM mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap buaya itu.
"Buaya itu dipercayai dari Sungai Samariang tersesat ke longkang taman perumahan itu kerana air pasang besar semalam," katanya.-Harian Metro
0 comments:
Post a Comment