Caliph Buskers Terus Jadi Sebutan



WALAUPUN sudah tiga hari Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29) berlalu, namun nyanyian lunak pemuzik jalanan, Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta masih menjadi sebutan.

Tinjauan Sinar Online di laman mikro Twitter memperlihatkan ramai yang masih berkongsi rasa kagum terhadap kekuatan vokal vokalis kumpulan orang kurang upaya (OKU) itu.

"Dengar Romancinta versi #CaliphBuskers ni banyak kali pun, meremang bulu roma macam tu jugak. Fuhh," tulis @niaruzehcboya.

#CaliphBuskers menjadi trending di laman sosial itu sejak Ahad lalu.

Bukan hanya ramai yang memuji kehebatan vokal Azmi atau Khairul Azmi Mohd Saat, 28, malah menyifatkan persembahan itu yang paling menyentuh hati.

"Mojo feat #CaliphBuskers memang paling diingati," ujar @edjunaidi pula.

"Apabila #CaliphBuskers buat persembahan aku mesti jadi macam ni (naik bulu roma)," tulis @EryDerly92 di laman mikro Twitternya.

Selain Twitter, Facebook dan laman YouTube juga menyaksikan lagu nyanyian Caliph Buskers mendapat tontonan ramai.

Gandingan Mojo dan Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta dinobatkan persembahan terbaik pada AJL29, malam Ahad lalu. - Sinar Harian

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment