OBNINSK - RUSIA - Tindakan seekor kucing mengiau dengan nyaring dan bingit menyelamatkan seorang bayi dari kesejukan disini.
Bayi lelaki yang berumur 3 bulan itu ditemui di dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di anak tangga sebuah pangsapuri di Rusia semalam oleh seorang wanita yang tertanya-tanya mengapa kucing bernama Masha itu membuat bising.
Ketika bayi itu ditemui, dia dalam keadaan panas walaupun cuaca di Rusia ketika itu sejuk.
"Kucing tersebut menjaga bayi itu beberapa jam dan mengiau seolah-olah meminta pertolongan.
"Kucing itu telah mengekalkan kepananasan bayi itu," kata wanita itu memetik laporan dari Sinar Harian.
Selain dari bayi, wanita itu turut menjumpai satu beg makanan bayi dan juga lampin.
Polis kini dalam usaha untuk mengenal pasti ibu bapa kepada bayi berkenaan manakala kucing tersebut dianggap sebagai wira oleh penduduk tempatan di kawasan itu.
Masha |
"Bayi tersebut telah berada di luar beberapa jam dan terima kasih kepada Mahsa, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan akibat dari itu", kata salah seorang jurucakap hospital yang kini merawat bayi berkenaan. - Siakapkeli.com.my
Video Masha ketika 'ditemuramah' oleh RT.com
0 comments:
Post a Comment