Penduduk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam terkejut dan juga teruja apabila "salji" mula membasahi kawasan sekira negara tersebut dan mereka sudah mula keluar menikmati suasan bersalji semalaman.
Kebanyakan penduduk sekitar negara timur tengah itu sudah mula biasa dengan kehadiran salji ini tetapi buka di UAE kerana ini adalah cuaca "salji" pertama melanda negara tersebut.
Sebenarnya, UAE juga telah dilanda hujan batu dan hujan ini dijangkakan akan berterusan selama beberapa hari lagi.
Perkara ini telah disahkan oleh Pusat Meteorologi dan Seismologi Kebangsaan (UAE) mengatak salji tersebut adalah ketulan-ketulan daripada hujan batu.
Selain itu, Kehadiran cuaca berampur ini juga ada menyebabkan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda banjir.
Ribut hujan batu telah melanda zon Asia Barat berkenaan hingga menyelimuti lanskap negara yang terkenal dengan padang pasir itu dengan pemandangan putih yang luar biasa.
Arus sejuk dan hujan dalam fenomena itu adalah disebabkan tekanan rendah dan pergerakan awan dari Arab Saudi ke UAE, kata pusat berkenaan.
Semalam ribut petir dan kilat telah berlaku di beberapa tempat di UAE termasuk hujan sederhana dan lebat di bahagian Timur negara berkenaan.
Cuaca mendung dan tupan angin kuat yang menjejaskan jarak penglihatan juga dijangka kerap berlaku dalam masa beberapa hari ini. ─ Siakapkeli.com.my
Gambar menunjukkan ketulan-ketulan ais berselerakan di Abu Dhabi yang berpunca daripada fenomena ribut hujan batu. |
0 comments:
Post a Comment