Lesen Restoran Digantung Selepas Gambar Tikus Dalam Masakan Tersebar



Singapura: Pihak berkuasa di sini semalam menggantung lesen sebuah restoran makanan Cina, Hot- pot Culture selepas gambar bangkai tikus dalam masakannya dimuat naik dalam Internet.

Pegawai Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) memeriksa restoran itu di Dataran Marina berikutan laporan dibuat terhadap restoran berkenaan oleh seorang pelanggan, Caron Chan.

Caron dan beberapa rakannya pergi ke restoran berkenaan untuk makan tengah hari kelmarin tetapi terkejut melihat bangkai tikus itu di dalam bekas sayuran.

Dia kemudian memuat naik gambar itu di laman Facebooknya dan ia menarik puluhan komen.

“Pekerja kelihatan terkejut melihat tikus itu.

“Saya tidak pasti sama ada pengurus restoran itu sedar mengenainya,” kata Caron.

Dia juga mendakwa melihat kekecohan berlaku antara beberapa pelanggan dan pekerja restoran.

Kakitangan restoran itu kemudian menggantikan masakan itu dengan yang lain. Beberapa orang dipercayai sudah memakan masakan berkenaan sebelum itu.

Ketika dihubungi akhbar The Straits Times, penyelia restoran menafikan kejadian terbabit dan berkata pelanggan melakukan kesilapan.

“Mereka tersilap. Ia hanya sayur yang kelihatan seperti benda lain. Tidak ada bangkai tikus,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut mengenainya.

Caron berkata dia melaporkan kejadian itu kepada NEA yang mengesahkan restoran itu digantung sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan. - Agensi

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment