Johor Bahru, 11 Jan: Seekor rusa yang diletakkan di Taman Rusa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor telah menjadi makanan seekor ular sawa sepanjang empat meter pada malam tadi.
Kejadian tersebut disedari oleh kakitangan ladang berkenaan pada pagi tadi yang telah melaporkan kejadian tersebut kepada Pengurus Taman, Mohd Sum.
Menurut Mohd Sum, dia telah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) bagi menguruskan ular tersebut.
Ketua Operasi JPAM, Noor Mohd Sufian berkata pihaknya telah menerima laporan pada jam 9 pagi dan kemudian bergegas ke tempat kejadian bersama empat anggota lain.
“Pasukan kami tiba di lokasi pada 9.15 pagi dan berjaya menangkap ular berkenaan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Berikut adalah gambar-gambar kejadian : - Siakapkeli.com.my
0 comments:
Post a Comment