Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi telah menuduh sorang Muslim mencuri untanya. Maka dia membawa empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w kemudian memutuskan bahawa unta tersebut milik orang Yahudi itu dan hukum memotong tangan Muslim tersebut. Muslim tersebut berasa binggung lalu mengangkat kepalanya dan berdoa seraya berkata “ Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu”
Lalu Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w “Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini.”
Nabi s.a.w kemudian bertanya kepada unta itu, “Hai unta, milik siapakah engkau ini ?”
Unta itu menjawab “Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta.”
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, “Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar.”
Lalu orang Muslim itu menjawab, “Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku.”
Marilah kita sama-sama membaca selawat. Ia sangat digalakkan oleh agama kerana pahalanya yang tinggi di sisi Allah. Juga boleh melindungi kita dari segala bencana di dunia dan akhirat.
Sumber : harmoni-my.org
0 comments:
Post a Comment