Seorang Kanak-kanak Perempuan Tersepit Pada Tangga Bergerak


Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini, gempar apabila terdengar jeritan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selepas tangan kanannya tersepit pada tangga bergerak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 petang, tangan kanak-kanak itu akhirnya dikeluarkan selepas hampir setengah jam tersepit sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa bersama ibunya menaiki tangga bergerak di tingkat lima kompleks berkenaan sebelum tangan kanak-kanak itu yang memegang bahagian pemegang tersepit lalu terheret sehingga ke tingkat enam.

Orang ramai yang melihat kejadian itu berjaya menghentikan tangga bergerak itu selain cuba mengeluarkan tangan mangsa. ─ myMetro online

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment